RAMAI yang tidak mengetahui tentang sejarah hidup Ibnu Thufail meskipun beliau antara nama yang tersenarai sebagai salah seorang ahli falsafah, apa lagi membicarakan tentang falsafah yang didokongi oleh beliau. Sejarah kehidupan Ibnu Thufail ada kaitannya dengan tawarikh Ibnu Rusyd lantaran beliau adalah guru kepada tokoh falsafah yang agak kontraversi itu.
Nama lengkap beliau ialah Abu Bakar Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Thufail al-Qisiy. Beliau dilahirkan di Lembah Asy 16 kilometer dari Granada pada tahun 506H. Ibnu Thufail sangat tersohor dalam perkembangan ilmu kedoktoran, falak, sastera dan falsafah dan pernah dilantik sebagai doktor peribadi Khalifah Abu Ya'akub al-Mansur, khalifah kedua Dinasti Muwahhidin.
Para penulis sejarah ada menyebut ada beberapa buah kitab dan risalah yang dihasilkan oleh Ibnu Thufail. Namun yang dapat diketahui dan sampai sehingga sekarang adalah sebuah kitabnya yang masyhur berjudul "Hayy Ibnu Yaqazhan" sebuah lagenda rekaan beliau yang mendirikan pendirian dan pemikirannya mengenai dunia falsafah sehingga memperkenalkan beliau sebagai seorang tokoh falsafah.
Tidak hairanlah jika ada ahli falsafah yang mendakwa Ibnu Thufail cuba menterjemahkan falsafah dalam rupa yang berbeza daripada ahli-ahli falsafah yang mendahuluinya. Diriwayatkan bahawa beliau telah mengkaji pendahulunya dalam bidang falsafah sebelum cuba merintis metod yang berbeza. Metod falsafah yang cuba dibangunkan beliau ialah berbentuk kisah khayalan dengan gaya yang menarik.
Hayy Ibnu Yaqazhan adalah sebuah Karya Ibnu Thufail yang cuba menjadi cermin pendirian beliau dalam masalah hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan agama dengan akal. Namun agak menyedihkan apabila penulisnya menggunakan kritikan sebagai mandala awal terhadap para pendahulunya dalam bidang falsafah.
Ibnu Thufail telah mengkritik Ibnu Bajjah sebagai seorang yang berfikiran sempit, membangun pemikiran falsafah hanya berdasarkan kaedah akal dan logik termasuk meremehkan dasar pemikiran lain yang bersifat kasyf ruhani. Beliau juga mengkritik al-Farabi sebagai seorang yang ragu-ragu dan tidak teguh pendirian dalam persoalan falsafah. Manakala Ibn Sina pula dianggap beliau sebagai seorang filosof yang terlalu berkiblatkan Aristoteles sehingga kitab As-Syifa' karangan Ibn Sina dianggap hanya menyalin idea Aristoteles. Selain itu Imam Al-Ghazali juga tidak terlepas daripada kritikannya dengan menyatakan bahawa Imam Al-Ghazali tidak konsistens kerana banyak menulis falsafah untuk orang-orang awam dan sikap Hujjatul Islam itu yang sering mengkritik teori falsafah filosof lain termasuk mengkafirkan pemikiran falsafah Ibn Sina.
Metod Yang Dipaparkan Menerusi Karya Hayy Ibnu Yaqazhan
Intisari kitab Hayy Ibnu Yaqazhan bolehlah disimpulkan sebagai sebuah kisah khayalan berunsur 'novel' pada hari ini dimana Ibnu Thufail mewujudkan Hayy seorang bayi yang tidak disembunyikan keturunannya telah hanyut dan terdampar di sebuah pulau. Bayi itu ditemui oleh seekor rusa betina yang kematian anak lalu disangkakan bayi Hayy itu sebagai anaknya lalu dipelihara dan diberikannya susu sebagaimana lazimnya. Hayy akhirnya tumbuh dan membesar di pulau tersebut bersama rusa betina yang disangkanya ibu itu.
Apabila telah dewasa Hayy mula berfikir dan memerhatikan persekitaran yang mengitarinya. Berkat rahmat Allah serta akal yang dianugerahkan Hayy akhirnya mengakui adanya pencipta kepada alam ini. Keyakinan adanya Tuhan ini telah menjadikan Hayy seorang yang berfikir secara falsafi sehingga beliau mahu untuk berhubung secara hakiki dengan Tuhan. Beliau kemudian berpuasa selama 40 hari di sebuah gua, bermujahadah seikhlas hati sehingga akhirnya Hayy bertemu dengan apa yang dicarinya.
Ibnu Thufail mencantikkan lagi kisah falsafahnya itu dengan mewujudkan watak Absal seorang lelaki soleh yang datang ke pulau Hayy kerana menyangka tiada berpenghuni. Kemudian Absal ditakdirkan bertemu dengan Hayy. walaupun begitu Hayy tidak memhami bahasa manusia sehingga menyebabkan Absal bertindak sebagai gurunya.
Setelah kedua-duanya serasi mereka telah bersepakat untuk keluar dari pulau itu untuk menyampaikan makrifah hakiki dokongan mereka kepada penduduk di tempat Absal pernah tinggal. Pulau tempat asal Absal itu diperintah oleh seorang raja yang beragama Islam namun beliau lebih suka hidup bermasyarakat dan melarang hidup beruzlah dan menyepi diri.
Di Pulau itulah Hayy berjuang menyebarkan fahaman falsafahnya namun ianya ditolak dan diperolokkan oleh masyarakat pulau itu. Akhirnya Hayy sedar apa yang pernah dikatakan Absal bahawa pemikiran falsafah mereka bukan untuk orang awam. Ia hanya mampu difahami oleh sekelompok orang yang telah mendalam fahaman agamanya kerana makrifah itu khusus untuk orang yang telah mencapai martabat yang tinggi.
Akhirnya mereka berdua kembali ke pulau asal Hayy untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka.
Pemikiran Falsafah Ibnu Thufail
Metafizika:
Dalam persoalan metafizika Ibnu Thufail melahirkan watak Hayy sebagai cermin pemikirannya terhadap dalil kewujudan Tuhan. Sandaran utama adalah kepada teori gerakan di mana setiap yang bergerap pasti ada penggeraknya. Adapun tentang zat dan sifat Allah Ibnu Thufail lebih cenderung kepada pendapat golongan Muktazilah. Muktazilah berpandangan bahawa Allah mengetahui, berkuasa dan sebagainya bukan dengan sifat tetapi dengan zatNya.
Fizika:
Dalah hal alam ini pula, Ibnu Thufail sependapat dengan al-Farabi dan Ibn Sina. Adapun tentang persoalan adakah alam ini qadim atau baharu, Ibnu Thufail menjawabnya seperti yang dilakukan al-Farabi dan Ibn Sina sebelumnya iaitu bahawa alam ini qadim dari sudut masa diciptakan manakala baharu sebagai makhluk terhadap penciptanya.
Manusia:
Ibnu Thufail perpandangan bahawa manusia adalah mekanisme ciptaan yang tertinggi yang terdiri dalam dua unsur iaitu badan dan jiwa. Badan akan musnah setelah kematian manakala jiwa akan kekal. Ibnu Thufail juga turut membahagikan manusia kepada tiga golongan jiwa iaitu jiwa yang mengenal Tuhannya sebelum mengalami kematian dan mengarahkan kehidupannya dengan mentaati perintah dan menjauhi laranganNya, jiwa yang telah mengenal Tuhan tetapi melakukan maksiat dan jiwa yang tidak pernah mengenal Tuhan selama kehidupannya dan dia akan berakhir nyawanya seperti seekor haiwan.
Epistemologi:
Lukisan watak Hayy Ibnu Yaqazhan menggambarkan pemikiran falsafah Ibnu Thufail bahawa makrifah ditemui dimulai dengan pancaindera terhadap hal-hal inderawi. Manakala dari sudut metafisi diketahui dengan jalan akal dan rohani berdasarkan cara ilham atau kasyf rohani seperti yang dianut oleh para sufi.
Dua jenis makrifah ini digambarkan oleh Ibnu Thufail pada diri Hayy menerusi karyanya di mana Hayy telah berjaya mengetahui adanya Tuhan dengan akal dan kasyf.
Justeru metod yang dibawanya ini telah menjadinya sedikit berbeza dengan pendirian para filosof yang telah mendahuluinya. Padanya watak Hayy sudah memadai untuk menggambarkan tumbuh seorang manusia dalam mencari dan mengetahui TuhanNya.
Tamat.